Jom Teroka ---D

Rabu, 14 Ogos 2013

...Terbang Ke Langit Menggapai Awan...


Di suatu ketika

Pernah kau hinggap ke sisiku
Sayapmu terluka
Kau pinta ku merawatinya



Dengan segala keterbatasan
Aku mencari segala penawarnya
Kau bagai dilahirkan kembali ke dunia nyata
Kau terbang semula



Kemuncak yang ingin kau tawan
Itulah jua yang ku impikan
Kau bawa ku pergi bersama menongkah arus
Terbang ke langit menggapai awan



Demi kejayaan
Ada harga perlu dibayar
Ku menjadi perisaimu
Bila panah menghujani kita



Apabila engkau merasa tercabar 
Kau anggap aku menjadi sainganmu
Tidakkah engkau menyedari persamaan kita
Hanya camar maya



Biarkan aku terbang melayang bersendirian
Tinggalkan aku mencari arah jalan ku pulang



Biarkan aku terbang melayang bersendirian
Tinggalkan aku mencari arah jalan ku pulang



Kemuncak yang ingin kau tawan
Itulah jua yang ku impikan
Kau bawa (kau bawa daku pergi)ku 
Pergi bersama menongkah arus
Terbang ke langit menggapai awan



Semua ini satu ketentuan

Ahad, 28 Julai 2013

Kala Hati Jatuh Cinta Lagi...

C.I.N.T.A ---> Indahnya hidup kala hati dibuai cinta. Bukan aku seorang sahaja pernah marasainya. Malah semua makhluk ciptaan Dia memiliki perasaan cinta dan sayang. (Tersenyum sendiri) Bagi aku, cinta punyai karakternya tersendiri mengikut tuan punya persepsi. Kadang aku merasakan cinta sebagai sumber inspirasi dan motivasi aku untuk mencapai kejayaan even hanya faktor sampingan. Kadang, cinta juga mampu membunuh cita-cita kita. 

Hari ini, aku berpijak di bumi yang nyata. Walau persepsi aku terhadap cinta masih sama tapi, aku bukanlah seperti aku yang dulu. Aku ingin membuang perasaan itu jauh-jauh buat sementara waktu ini. Walau sejujurnya aku betul-betul menginginkannya (sebab hati aku tengah jatuh cinta niii), namun aku tahu aku belum cukup kuat untuk dilukai lagi.

Kala hati ini terlalu sayang, karakter aku akan terus berubah. (automatik!) Yang paling menonjol sekali...aku akan jadi sangat caring terhadap orang yang aku cinta. Aku sanggup buat apa sahaja untuk lihat dia bahagia sampaikan aku lebih rela lukakan hati aku sendiri. (kejamnya aku pada diri sendiri) Mungkin si dia takkan perasan tapi aku tahu mereka yang sentiasa disekeliling aku pasti akan sedar. Dan kerana itulah, aku menolak perasaan itu jauh-jauh walaupun aku tahu aku tak mampu atas sebab....aku ingin memberi peluang pada diri aku untuk bahagia..dan mungkin juga kerana aku belum bersedia untuk dikecewakan lagi.. (hurm...jauhnya menyimpang. okay tutup cerita)

Jadi kepada mereka yang berkeadaan seperti aku, di sini aku sertakan beberapa cara untuk mengelakkan si dia tahu yang kita cintakan dia... 

  • Kalau hati terlalu rindu sampai rasa nak menangis, menangislah! Biarkan air mata rindu itu keluar sepuas-puasnya. (macam yang selalu aku lakukan sampai last sekali tertidur dan bila sedar dr tidur, aku akan segar semula. insyaAllah)
  • Kalau cara yang pertama tak menjadi, korang bacalah balik mesej korang dengan dia. Biar dari mesej mula-mula berkenalan, sampai la korang rasa tak larat dah nak sambung baca.
  • Mintak doa banyak-banyak dari Dia agar dilupakan sekejap cinta dan rindu itu. Mengadulah dengan dia. Menangislah sepuas-puasnya dalam sujud. (Doa ketika sujud terakhir mustajab. InsyaAllah bila hati terlalu ikhlas)
  • Buat solat sunat selalu.
  • Sibukkan diri dengan kerja-kerja lain.
  • Jangan biarkan diri selalu keseorangan. Selalulah bersama-sama dengan sahabat-sahabat kita biar keceriaan kita diisi bersama mereka. (sebab tu bersahabat itu penting!)
 So, entry aku kali ni sampai di sini sahaja. Moga kita semua mendapat rahmat daripadaNya. Ameen.

Jumaat, 26 Julai 2013

Alhamdulillah, segalanya selamat...

....أعوذ بالله من الشيطان الرجيم


"Kerana itu ingatlah kamu kepada-Ku nescaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)-Ku." (Surah al-Baqarah 2:152)


Alhamdulillah, sebuah penantian yang selama ini menggetarkan naluri telah pun selamat tiba. Tidak ternilai rasa bersyukur yang dipanjatkan kepada Illahi. Setelah beberapa hari menunggu, akhirnya pada pukul 4 pm waktu Malaysia aku selamat mentasjil madah untuk first sem second year. Hihi. Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang banyak membantu. Iffah...Aniis...Nina...


A.Z.A.M


Dalam diri setiap insan, azam itu penting. Bagi aku, azam itu adalah semangat dan peransang aku untuk berjaya. Setiap masa kena tingkatkan azam. Dah tingkatkan azam, jangan lupa untuk tingkatkan iman. (Ye la..iman kita manusia ni kadang berkurang kadang bertambah). Take note!


Ke mana pun kita langkah, ke mana pun arah kita tuju, mesti ingat azam yang telah kita semai dalam diri. Aku akui, bukan mudah untuk menyempurnakan azam yang dibina, tanpa ada kemahuan dan paksaan..tidak ke manalah azam itu.


So, azam aku nanti (mungkin jugak JANJI untuk diri) :


  • No more cinema (garu kepala, sebab aku ni kaki wayang. Lagipun xde sapa dah nak teman aku dengan currency yang semakin tinggi melampau nii..)
  • Pedulikan persepsi orang di sekeliling (kalau asyik nak menurut apa kata orang, diri tak kan maju. so..buat dono je)
  • Buat jadual study yang ketat (ni kena push sikit. jangan study 5 minit rehatnya 30 minit! apekah??)
  • Pemakanan yang sihat.
  • (Yang selebihnya biarlah rahsia antara aku dan Dia)


"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri" (Surah Ar-Ra'd 13:11)

Kat sini aku sertakan beberapa tips untuk study yang aku rasa semua orang tahu. Tapi, apa salahnya kalau saling mengingatkan sesama sendiri. Kan? 


  1. Menggunakan kedua-dua belah otak kiri dan kanan dengan melakukan aktiviti yang merangsang kedua-dua belah otak.
  2. Meransang kesemua deria : 
    • Kita ingat 10% apa yang dibaca.
    • Kita ingat 20% apa yang didengar
    • Kita ingat 50% apa yang didengar DAN dilihat
    • Kita ingat 70% apa yang dicakapkan
    • Kita ingat 90% setelah dipraktikkan
      3. Study ikut waktu yang sesuai dengan diri kita. Kita manusia tak sama. Ada yang               jenis study sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas             baca al-Quran atau zikir, dan mungkin jugak selepas riadah dan selepas berdoa.
      4. Ulangkaji secepat mungkin kerana kita mudah akan lupa 80% selepas belajar.
      5. Gunakan kaedah akronim.
      6. Tampal point-point yang penting kat dinding.
      7. Tidak membuang masa nak study kalau dalam keadaan mengantuk dan letih!!
      8. Buat persediaan awal sebelum ke kelas.
    10. Hormat guru, lecturer, dR, dan sebagainya...
    11. Doa dan NIAT itu yang utama!

Semoga kita sama-sama mendapat syafaat daripada-Nya. Ameen...

       

    Isnin, 22 Julai 2013

    Sahabat Selamanya

    BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...

    "Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharap balasan" (Dale Carnagie)

    Selalunya hanya mereka yang ikhlas bersahabat mampu untuk menjadi seperti itu. Berbicara tentang IKHLAS banyak pandangannya. Hanya mereka yang benar-benar IKHLAS akan faham bagaimana ikhlas itu boleh hadir dalam diri tanpa dipinta. Sehinggakan ada yang sanggup melupakan kesenangan diri demi kesenangan sahabatnya. Tidak kisah apa akan jadi pada dirinya demi sahabatnya. Tak kisah walau NYAWA galang gantinya. Maka rugilah mereka yang mensia-siakan sahabat seperti ini.

    Hidup ini...bukan selalunya di atas. Kadang-kala kita di bawah. Bukan mudah untuk kita jadi sahabat yang baik kalau hanya memikirkan perasaan diri sendiri. INGAT! Kita punya perasaan sedih, marah, kecewa, gembira..mereka juga ada. Janganlah kita biar perasaan itu menghambakan fikiran kita sehingga sanggup melukakan hati suci seorang sahabat yang selalu mengambil berat tentang diri kita.

    A : Kau kenapa? Senyap aje dua tiga hari ni...
    B : (Diam)
    A : Kalau ada apa-apa ceritalah dengan aku...
    B : (Diam)
    A : Kalau aku ada salah cakap la...jangan biar aku macam ni...
    B : (Masih mendiamkan diri)

    B : Eh C! Jom gi makan. (Sambil menarik tangan si C)
    A : ( Si A hanya memerhati dengan hati yang mungkin terluka)

    Ni mungkin salah satu peristiwa yang pernah kita hadapi. At least jawablah "aku perlukan masa" supaya dia tidak merasakan dirinya bersalah. Mengapa betapa kejam kita membiarkan setiap persoalan yang keluar dari mulutnya tanpa menjawab sepatah pun? Itu baru yang meniti di bibir, bagaimana pula yang masih terawang-awang di fikiran? Tidakkah sahabat itu buntu? Bertimbang rasalah dalam bersahabat. 

    "Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih bertakwa. Sesungguhnya Allah maha mengetahui, lagi maha mendalam pengetahuanNya."                          [Al-Hujurat-13]

    TIDAK PERLU MENJADI SAHABAT ANDAI DI WAKTU SENANG SAHAJA MENAMPAKKAN WAJAH, APA CERITA DI WAKTU SUSAH?!





    Imam Al-Ghazali berpesan kepada anak lelakinya:''Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
    1. Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu.
    2. Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu.
    3. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik.
    4. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, da akan membalas balik persahabatan kamu.
    5. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu.
    6. Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya.
    7. Jika dia mendapat sesuatu kebajikan(bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu.
    8. Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannnya.
    9. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu.
    10. Jika kamu berdua berselisihan faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
    11. Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat.
    12. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu.
    13. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu.
    14. Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.
    Alhamdulillah kepada mereka yang sudi bersahabat dengan diriku......










    Aku sayang mereka. Semoga Allah merahmati hubungan kami. Ameen....























    Rabu, 19 Jun 2013

    Cerita Si Penggemar Arnab

    Assalamualaikum dan selamat pagi semua. (jangan lupa beri senyuman agar hari2 anda bahagia, hihi). Dan..oh yea! jangan lupa juga untuk ucapkan syukur kepada Dia yang memberi keizinan untuk kita bernafas lagi (alhamdulillah). So, back to the point, entry kali ni aku nak cerita serba sedikit tentang arnab. Aku bukanlah profesional yang banyak ilmu tentang penjagaan arnab, tapi aku sangat menggemari spesies ini dan termasuk hari ini, arnab yang berada dalam jagaan aku dah pun mencapai angka 30 ekor. 

    Hurm, kalau bercerita kepada orang lain, confirm2 la orang suruh aku jual. But, i am not gonna do that atas sebab aku sayang sangat arnab2 aku. Aku takut untuk memikirkan macam mana agaknya arnab aku dijaga orang lain. (makan ke tidak, minum ke tidak, sihat ke tidak, and macam2 lah). Dan satu lagi fakta! arnab yang aku bela bukan untuk dimakan! hihi. (masih memikirkan bagaimana arnab yang comel gila2 tu orang boleh makan? >.<).

    Erm..jadi? Huraian dibawah adalah bagaimana caranya aku handle arnab "seramai" tu.. :-
    • Rumah arnab ataupun sangkar --->
            Pada peringkat permulaan, aku hanya membela 5 ekor arnab, jantan dan betina. Dan kelima-lima ekor arnab ni aku tempatkan dalam sebuah sangkar. Lepas beberapa bulan, si betina melahirkan 5 ekor anak lagi. Jadi, untuk memastikan keselamatan si kecil terjamin, aku tempatkan si kecil dalam kotak. Ini disebabkan--->1) arnab tak pandai menyusukan anaknya, 2) terdapat juga segelintir yang suka makan anaknya (yerks),dan yang 3) untuk memastikan si kecil selesa.. 

              Setelah si kecil meningkat dewasa dan arnab2 aku semakin bertambah kerabatnya sehingga mencapai angka 30, akhirnya mama dengan abah aku upah orang untuk bina rumah arnab dan buat bilik untuk setiap arnab sebab.. : 1) arnab kalau duduk sekali suka bergaduh, nak2 yang jantan. hihi, 2) keselamatan juga terjamin. Tapi in case kalau arnab masih kecil dan still menyusu, it's okay kalau nak bagi duduk sekali.

    • Bersihkan najis arnab sekurang2nya dua hari sekali supaya kebersihan dan kesihatan arnab terjaga.
    • Makanan dan minuman--->
           Haa..yang ni aku rasa ikut tuan dia la kot. Tapi yang pastinya, pellet untuk arnab tu kena bagi sebab tu makanan asasi diorang. Sediakan air selalu sebab arnab ni suka minum air.

    • Belaian yang manja untuk menunjukkan kasih sayang. Arnab ni aku rasa sama ja macam kucing. 
    • Bawa pergi main untuk mengelakkan kemurungan. (wahahaha >.<)

    Bela arnab ni seronok. Tak susah pun sebenarnya. Ikut kemahuan masing-masing. Kadang-kadang boleh mengisi masa lapang, kurangkan tension dan juga mewujudkan perhubungan kita sebagai manusia dengan binatang ternakan. Kan? 

    Tapi, disebabkan aku belajar jauh, so tugas tu aku amanahkan kepada kakak aku yang tercinta. Ye la, kalau tak beliau yang jaga, siapa lagi??

    Jom tengok gambar diorang :-D 


    nie Bulat namanya. :-)


    cik Lepit.


    si comel Cin.


    kerabat Comel.


    Nyanyow. Dia ni paling cerdik!






    Rasanya cukup kot gambar banyak ni. Kalau aku upload semua, mau habis kudrat aku. hihi. c(=

    Apa-apa pun semoga korang enjoy teroka entry aku kali ni. Dan! Jangan lupa untuk meninggalkan sebarang komen anda. Ringan2kan tangan korang yea ^_^ 


    ...SALAM UKHUWAH UNTUK SEMUA...

            
            


    Selasa, 18 Jun 2013

    KEMBALI BERBICARA :-)


    IN THE NAME OF ALLAH, THE MOST MERCIFUL AND THE MOST GRACIOUS

    Alhamdulillah, sudah hampir 3 minggu aku berada di Malaysia. Sedar tak sedar, hampir 1 tahun jugak aku menjejak kaki ke bumi para Anbiya' (JORDAN) untuk menuntut ilmu. Dan aku sendiri tak tahu macam mana aku boleh pilih untuk ke sana (tersenyum sendiri). Mungkin jugak, inilah yang dikatakan takdir Allah. 

    "MANUSIA MERANCANG. ALLAH JUGA MERANCANG. DAN SEBAIK-BAIK PERANCANG ADALAH ALLAH S.W.T" (says Allahuakbar).

    Apa yang aku tahu, perancangan Dia cukup sempurna, tersusun, dan penuh hikmahnya. Banyak yang aku pelajari, banyak yang aku temui sepanjang berada di sana. Dan..banyak juga peristiwa yang berlaku, yang menimpa diri aku membuatkan jiwa dan hati aku lebih kuat untuk menghadapi segala cabaran dan dugaan.

    "HIDUP TAK SELALUNYA INDAH. LANGIT TAK SELALU CERAH. SURAM MALAM TAK BERBINTANG. ITULAH LUKISAN ALAM"

    The point is : ...Hidup tak selalu indah..
    Abang aku cakap, hidup ni kalau semua benda yang kita nak tu dapat..tak awesome la. And sebab tu Allah jadikan bukan semua benda yang kita nak, kita akan dapat. Mungkin apa yang kita tak dapat tu Allah gantikan dengan yang lebih power! Selalulah husnuzon dengan semua perancangan Dia. InsyaAllah semuanya akan indah indah belaka :-) 

    Ibaratnya : apa yang dah jadi pada diriku. Aku hampir mengaku kalah pada diri sendiri. Hari2 aku menangis. Siang dan malam. Tak lalu nak makan. Tak ada mood nak jalani kehidupan (senang cakap). Tapi, berbekalkan semangat yang still ada dalam diri, fikiran masih waras, ada mama abah dan family tolong support, ada kawan-kawan yang selalu ambil berat tentang aku, akhirnya aku temui sesuatu yang indah atas apa yang dah berlaku. Alhamdulillah atas semua ni.

    Benda kalau nak jadi, kat mana dan bila pun dia akan berlaku. Aku bersyukur sangat sebab Allah tempatkan aku di sini (Jordan) semasa perkara yang aku selalu tak nak ia berlaku...akhirnya jadi jugak atas ketetapan Dia (Kalau waktu tu aku kat Malaysia...tobat parah gila hati ni...).

    "KEMBALI BERBICARA"
    Back to the title above : 
    Actually, aku dah lama pun menulis dalam blog ni. Cuma entries yang lepas aku dah delete atas sebab aku rasa entries aku yang dulu tak membawa faedah langsung. Mengarut semua. Hehe. Jadi, aku cuma mencari masa yang sesuai untuk menulis kembali but in the different ways. InsyaAllah semoga entry yang bakal aku omong nanti semuanya berfaedah dan dikira sebagai ibadat kepada Dia. Amin. (Jom sama-sama amin. (Y)).