Jom Teroka ---D

Ahad, 28 Julai 2013

Kala Hati Jatuh Cinta Lagi...

C.I.N.T.A ---> Indahnya hidup kala hati dibuai cinta. Bukan aku seorang sahaja pernah marasainya. Malah semua makhluk ciptaan Dia memiliki perasaan cinta dan sayang. (Tersenyum sendiri) Bagi aku, cinta punyai karakternya tersendiri mengikut tuan punya persepsi. Kadang aku merasakan cinta sebagai sumber inspirasi dan motivasi aku untuk mencapai kejayaan even hanya faktor sampingan. Kadang, cinta juga mampu membunuh cita-cita kita. 

Hari ini, aku berpijak di bumi yang nyata. Walau persepsi aku terhadap cinta masih sama tapi, aku bukanlah seperti aku yang dulu. Aku ingin membuang perasaan itu jauh-jauh buat sementara waktu ini. Walau sejujurnya aku betul-betul menginginkannya (sebab hati aku tengah jatuh cinta niii), namun aku tahu aku belum cukup kuat untuk dilukai lagi.

Kala hati ini terlalu sayang, karakter aku akan terus berubah. (automatik!) Yang paling menonjol sekali...aku akan jadi sangat caring terhadap orang yang aku cinta. Aku sanggup buat apa sahaja untuk lihat dia bahagia sampaikan aku lebih rela lukakan hati aku sendiri. (kejamnya aku pada diri sendiri) Mungkin si dia takkan perasan tapi aku tahu mereka yang sentiasa disekeliling aku pasti akan sedar. Dan kerana itulah, aku menolak perasaan itu jauh-jauh walaupun aku tahu aku tak mampu atas sebab....aku ingin memberi peluang pada diri aku untuk bahagia..dan mungkin juga kerana aku belum bersedia untuk dikecewakan lagi.. (hurm...jauhnya menyimpang. okay tutup cerita)

Jadi kepada mereka yang berkeadaan seperti aku, di sini aku sertakan beberapa cara untuk mengelakkan si dia tahu yang kita cintakan dia... 

  • Kalau hati terlalu rindu sampai rasa nak menangis, menangislah! Biarkan air mata rindu itu keluar sepuas-puasnya. (macam yang selalu aku lakukan sampai last sekali tertidur dan bila sedar dr tidur, aku akan segar semula. insyaAllah)
  • Kalau cara yang pertama tak menjadi, korang bacalah balik mesej korang dengan dia. Biar dari mesej mula-mula berkenalan, sampai la korang rasa tak larat dah nak sambung baca.
  • Mintak doa banyak-banyak dari Dia agar dilupakan sekejap cinta dan rindu itu. Mengadulah dengan dia. Menangislah sepuas-puasnya dalam sujud. (Doa ketika sujud terakhir mustajab. InsyaAllah bila hati terlalu ikhlas)
  • Buat solat sunat selalu.
  • Sibukkan diri dengan kerja-kerja lain.
  • Jangan biarkan diri selalu keseorangan. Selalulah bersama-sama dengan sahabat-sahabat kita biar keceriaan kita diisi bersama mereka. (sebab tu bersahabat itu penting!)
 So, entry aku kali ni sampai di sini sahaja. Moga kita semua mendapat rahmat daripadaNya. Ameen.

4 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. Thanks for the advices Min :)
    Kami tawu Min pernah terluka, tapi kami.. yg melukakan si dia..
    *cara yg salah(mungkin) untuk melepaskan diri dr keserabutan..ermm mungkin juga cinta bukan milik kami lagi untuk saat ni.

    Untuk Min, kami doakan yg terbaik.. dan cinta selalu datang pada masanya. Cinta itu suci dan terpulanglah pada kita bagaimana kita mencorakkan cinta itu :) Semoga bahagia selalu sahabat ^__^

    BalasPadam
  3. hehe..entry ni lebih pada diri kami sendiri Nina. thanks jugak sebab anggap entry ni sbg nasihat...

    kadang melukakan si dia pun mungkin jugak perlu. Hidup ni Nina, mustahil ada org yg tak pnah terluka.

    Thanks for the supplication :-) I really really appreciate this..

    BalasPadam
  4. ;) Ur welcome Min..

    BalasPadam