Jom Teroka ---D

Isnin, 22 Julai 2013

Sahabat Selamanya

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...

"Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharap balasan" (Dale Carnagie)

Selalunya hanya mereka yang ikhlas bersahabat mampu untuk menjadi seperti itu. Berbicara tentang IKHLAS banyak pandangannya. Hanya mereka yang benar-benar IKHLAS akan faham bagaimana ikhlas itu boleh hadir dalam diri tanpa dipinta. Sehinggakan ada yang sanggup melupakan kesenangan diri demi kesenangan sahabatnya. Tidak kisah apa akan jadi pada dirinya demi sahabatnya. Tak kisah walau NYAWA galang gantinya. Maka rugilah mereka yang mensia-siakan sahabat seperti ini.

Hidup ini...bukan selalunya di atas. Kadang-kala kita di bawah. Bukan mudah untuk kita jadi sahabat yang baik kalau hanya memikirkan perasaan diri sendiri. INGAT! Kita punya perasaan sedih, marah, kecewa, gembira..mereka juga ada. Janganlah kita biar perasaan itu menghambakan fikiran kita sehingga sanggup melukakan hati suci seorang sahabat yang selalu mengambil berat tentang diri kita.

A : Kau kenapa? Senyap aje dua tiga hari ni...
B : (Diam)
A : Kalau ada apa-apa ceritalah dengan aku...
B : (Diam)
A : Kalau aku ada salah cakap la...jangan biar aku macam ni...
B : (Masih mendiamkan diri)

B : Eh C! Jom gi makan. (Sambil menarik tangan si C)
A : ( Si A hanya memerhati dengan hati yang mungkin terluka)

Ni mungkin salah satu peristiwa yang pernah kita hadapi. At least jawablah "aku perlukan masa" supaya dia tidak merasakan dirinya bersalah. Mengapa betapa kejam kita membiarkan setiap persoalan yang keluar dari mulutnya tanpa menjawab sepatah pun? Itu baru yang meniti di bibir, bagaimana pula yang masih terawang-awang di fikiran? Tidakkah sahabat itu buntu? Bertimbang rasalah dalam bersahabat. 

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih bertakwa. Sesungguhnya Allah maha mengetahui, lagi maha mendalam pengetahuanNya."                          [Al-Hujurat-13]

TIDAK PERLU MENJADI SAHABAT ANDAI DI WAKTU SENANG SAHAJA MENAMPAKKAN WAJAH, APA CERITA DI WAKTU SUSAH?!





Imam Al-Ghazali berpesan kepada anak lelakinya:''Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
  1. Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu.
  2. Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu.
  3. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik.
  4. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, da akan membalas balik persahabatan kamu.
  5. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu.
  6. Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya.
  7. Jika dia mendapat sesuatu kebajikan(bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu.
  8. Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannnya.
  9. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu.
  10. Jika kamu berdua berselisihan faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
  11. Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat.
  12. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu.
  13. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu.
  14. Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.
Alhamdulillah kepada mereka yang sudi bersahabat dengan diriku......










Aku sayang mereka. Semoga Allah merahmati hubungan kami. Ameen....























2 ulasan:

  1. Ku juga mencintai dirimu sahabat :)
    Semoga hubungan baik antara kita terus berkekalan selamanya.
    Ameen.

    BalasPadam
  2. Ameen. Moga dipermudahkan. Mohon ampun dr hujung rambut hingga hujung kaki andai selama bersahabat terlalu banyak kerenahku yang perlu dilayan.

    BalasPadam