Jom Teroka ---D

Ahad, 28 Julai 2013

Kala Hati Jatuh Cinta Lagi...

C.I.N.T.A ---> Indahnya hidup kala hati dibuai cinta. Bukan aku seorang sahaja pernah marasainya. Malah semua makhluk ciptaan Dia memiliki perasaan cinta dan sayang. (Tersenyum sendiri) Bagi aku, cinta punyai karakternya tersendiri mengikut tuan punya persepsi. Kadang aku merasakan cinta sebagai sumber inspirasi dan motivasi aku untuk mencapai kejayaan even hanya faktor sampingan. Kadang, cinta juga mampu membunuh cita-cita kita. 

Hari ini, aku berpijak di bumi yang nyata. Walau persepsi aku terhadap cinta masih sama tapi, aku bukanlah seperti aku yang dulu. Aku ingin membuang perasaan itu jauh-jauh buat sementara waktu ini. Walau sejujurnya aku betul-betul menginginkannya (sebab hati aku tengah jatuh cinta niii), namun aku tahu aku belum cukup kuat untuk dilukai lagi.

Kala hati ini terlalu sayang, karakter aku akan terus berubah. (automatik!) Yang paling menonjol sekali...aku akan jadi sangat caring terhadap orang yang aku cinta. Aku sanggup buat apa sahaja untuk lihat dia bahagia sampaikan aku lebih rela lukakan hati aku sendiri. (kejamnya aku pada diri sendiri) Mungkin si dia takkan perasan tapi aku tahu mereka yang sentiasa disekeliling aku pasti akan sedar. Dan kerana itulah, aku menolak perasaan itu jauh-jauh walaupun aku tahu aku tak mampu atas sebab....aku ingin memberi peluang pada diri aku untuk bahagia..dan mungkin juga kerana aku belum bersedia untuk dikecewakan lagi.. (hurm...jauhnya menyimpang. okay tutup cerita)

Jadi kepada mereka yang berkeadaan seperti aku, di sini aku sertakan beberapa cara untuk mengelakkan si dia tahu yang kita cintakan dia... 

  • Kalau hati terlalu rindu sampai rasa nak menangis, menangislah! Biarkan air mata rindu itu keluar sepuas-puasnya. (macam yang selalu aku lakukan sampai last sekali tertidur dan bila sedar dr tidur, aku akan segar semula. insyaAllah)
  • Kalau cara yang pertama tak menjadi, korang bacalah balik mesej korang dengan dia. Biar dari mesej mula-mula berkenalan, sampai la korang rasa tak larat dah nak sambung baca.
  • Mintak doa banyak-banyak dari Dia agar dilupakan sekejap cinta dan rindu itu. Mengadulah dengan dia. Menangislah sepuas-puasnya dalam sujud. (Doa ketika sujud terakhir mustajab. InsyaAllah bila hati terlalu ikhlas)
  • Buat solat sunat selalu.
  • Sibukkan diri dengan kerja-kerja lain.
  • Jangan biarkan diri selalu keseorangan. Selalulah bersama-sama dengan sahabat-sahabat kita biar keceriaan kita diisi bersama mereka. (sebab tu bersahabat itu penting!)
 So, entry aku kali ni sampai di sini sahaja. Moga kita semua mendapat rahmat daripadaNya. Ameen.

Jumaat, 26 Julai 2013

Alhamdulillah, segalanya selamat...

....أعوذ بالله من الشيطان الرجيم


"Kerana itu ingatlah kamu kepada-Ku nescaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)-Ku." (Surah al-Baqarah 2:152)


Alhamdulillah, sebuah penantian yang selama ini menggetarkan naluri telah pun selamat tiba. Tidak ternilai rasa bersyukur yang dipanjatkan kepada Illahi. Setelah beberapa hari menunggu, akhirnya pada pukul 4 pm waktu Malaysia aku selamat mentasjil madah untuk first sem second year. Hihi. Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang banyak membantu. Iffah...Aniis...Nina...


A.Z.A.M


Dalam diri setiap insan, azam itu penting. Bagi aku, azam itu adalah semangat dan peransang aku untuk berjaya. Setiap masa kena tingkatkan azam. Dah tingkatkan azam, jangan lupa untuk tingkatkan iman. (Ye la..iman kita manusia ni kadang berkurang kadang bertambah). Take note!


Ke mana pun kita langkah, ke mana pun arah kita tuju, mesti ingat azam yang telah kita semai dalam diri. Aku akui, bukan mudah untuk menyempurnakan azam yang dibina, tanpa ada kemahuan dan paksaan..tidak ke manalah azam itu.


So, azam aku nanti (mungkin jugak JANJI untuk diri) :


  • No more cinema (garu kepala, sebab aku ni kaki wayang. Lagipun xde sapa dah nak teman aku dengan currency yang semakin tinggi melampau nii..)
  • Pedulikan persepsi orang di sekeliling (kalau asyik nak menurut apa kata orang, diri tak kan maju. so..buat dono je)
  • Buat jadual study yang ketat (ni kena push sikit. jangan study 5 minit rehatnya 30 minit! apekah??)
  • Pemakanan yang sihat.
  • (Yang selebihnya biarlah rahsia antara aku dan Dia)


"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri" (Surah Ar-Ra'd 13:11)

Kat sini aku sertakan beberapa tips untuk study yang aku rasa semua orang tahu. Tapi, apa salahnya kalau saling mengingatkan sesama sendiri. Kan? 


  1. Menggunakan kedua-dua belah otak kiri dan kanan dengan melakukan aktiviti yang merangsang kedua-dua belah otak.
  2. Meransang kesemua deria : 
    • Kita ingat 10% apa yang dibaca.
    • Kita ingat 20% apa yang didengar
    • Kita ingat 50% apa yang didengar DAN dilihat
    • Kita ingat 70% apa yang dicakapkan
    • Kita ingat 90% setelah dipraktikkan
      3. Study ikut waktu yang sesuai dengan diri kita. Kita manusia tak sama. Ada yang               jenis study sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas             baca al-Quran atau zikir, dan mungkin jugak selepas riadah dan selepas berdoa.
      4. Ulangkaji secepat mungkin kerana kita mudah akan lupa 80% selepas belajar.
      5. Gunakan kaedah akronim.
      6. Tampal point-point yang penting kat dinding.
      7. Tidak membuang masa nak study kalau dalam keadaan mengantuk dan letih!!
      8. Buat persediaan awal sebelum ke kelas.
    10. Hormat guru, lecturer, dR, dan sebagainya...
    11. Doa dan NIAT itu yang utama!

Semoga kita sama-sama mendapat syafaat daripada-Nya. Ameen...

       

    Isnin, 22 Julai 2013

    Sahabat Selamanya

    BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...

    "Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharap balasan" (Dale Carnagie)

    Selalunya hanya mereka yang ikhlas bersahabat mampu untuk menjadi seperti itu. Berbicara tentang IKHLAS banyak pandangannya. Hanya mereka yang benar-benar IKHLAS akan faham bagaimana ikhlas itu boleh hadir dalam diri tanpa dipinta. Sehinggakan ada yang sanggup melupakan kesenangan diri demi kesenangan sahabatnya. Tidak kisah apa akan jadi pada dirinya demi sahabatnya. Tak kisah walau NYAWA galang gantinya. Maka rugilah mereka yang mensia-siakan sahabat seperti ini.

    Hidup ini...bukan selalunya di atas. Kadang-kala kita di bawah. Bukan mudah untuk kita jadi sahabat yang baik kalau hanya memikirkan perasaan diri sendiri. INGAT! Kita punya perasaan sedih, marah, kecewa, gembira..mereka juga ada. Janganlah kita biar perasaan itu menghambakan fikiran kita sehingga sanggup melukakan hati suci seorang sahabat yang selalu mengambil berat tentang diri kita.

    A : Kau kenapa? Senyap aje dua tiga hari ni...
    B : (Diam)
    A : Kalau ada apa-apa ceritalah dengan aku...
    B : (Diam)
    A : Kalau aku ada salah cakap la...jangan biar aku macam ni...
    B : (Masih mendiamkan diri)

    B : Eh C! Jom gi makan. (Sambil menarik tangan si C)
    A : ( Si A hanya memerhati dengan hati yang mungkin terluka)

    Ni mungkin salah satu peristiwa yang pernah kita hadapi. At least jawablah "aku perlukan masa" supaya dia tidak merasakan dirinya bersalah. Mengapa betapa kejam kita membiarkan setiap persoalan yang keluar dari mulutnya tanpa menjawab sepatah pun? Itu baru yang meniti di bibir, bagaimana pula yang masih terawang-awang di fikiran? Tidakkah sahabat itu buntu? Bertimbang rasalah dalam bersahabat. 

    "Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih bertakwa. Sesungguhnya Allah maha mengetahui, lagi maha mendalam pengetahuanNya."                          [Al-Hujurat-13]

    TIDAK PERLU MENJADI SAHABAT ANDAI DI WAKTU SENANG SAHAJA MENAMPAKKAN WAJAH, APA CERITA DI WAKTU SUSAH?!





    Imam Al-Ghazali berpesan kepada anak lelakinya:''Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
    1. Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu.
    2. Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu.
    3. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik.
    4. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, da akan membalas balik persahabatan kamu.
    5. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu.
    6. Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya.
    7. Jika dia mendapat sesuatu kebajikan(bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu.
    8. Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannnya.
    9. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu.
    10. Jika kamu berdua berselisihan faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
    11. Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat.
    12. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu.
    13. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu.
    14. Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.
    Alhamdulillah kepada mereka yang sudi bersahabat dengan diriku......










    Aku sayang mereka. Semoga Allah merahmati hubungan kami. Ameen....